Eczema dan Probiotics/Prebiotics

Friday, October 14, 2016
Hai uols!

Kembali bersiaran. Harini nak share macamana si budak Nuh tu dah eczema free sekarang. Lepas guna steroid krim yang tak guna ittew, dah mati kutu sebenarnya nak buat apa. Tiap-tiap hari lah nangis sebab tak sanggup tengok anak menggaru sampai berdarah. Habis cadar berlumuran darah hari-hari. Pergi mana-mana mesti orang tanya, "Kenapa anak tu? Tak bawak pergi klinik ke?" Kecik hati iols tau! Dah nama anak. Mestilah la dah usaha kan. 

Then ditakdirkan satu hari, join group eczema dekat FB. Rupanya steroid tu memang musuh dalam selimut. So baca punya baca, salah satu benda yang disuggest ialah Probiotics dan Prebiotics. Konsepnya, eczema ni ada kaitan dengan gut (usus). Bila gut tak sihat, jadilah eczema. So, terus lah zassss cari Probiotics. Pergi Caring Pharmacy.

Lacto 5 

Harga dalam RM40 kalau ada offer untuk 30 bijik. Sebab masa tu Nuh baru 8m, jadinya mama la makan hari-hari so dengan harapan bakteria baik ni akan go through breastmilk kan. Lepas seminggu consume Probiotics, Nuh membuang lancar dan eczema nya ada improvement (tapi sikit jelah). Takpa. Pelan-pelan kayuh orang kata. Sekurang-kurangnya makin baik. Bukan makin teruk kan. 

Baca lagi, kata kena consume Prebiotics pulak. Yelah. Ni bakteria baik. Mesti la dia nak makanan juga kan. Prebiotics ni kiranya makanan untuk bakteria baik la. Tengok dalam group orang suggest Gum Arabic ataupun ada yang panggil Al-Manna. Yang ni beli kat Mahnaz. Online pun ada. Ada yang better grade tu mahal sikit la dalam RM150. Mestilah khasiat dia lagi bagus kan. Price pon lain katanya. At the same time, sumber prebiotics lain adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Garlic pun ya jugak rasanya. 

Jadinya kalau anak or sesiapa ada eczema, boleh try probiotics, tapi jangan letak dalam air panas tau! Nanti mati pulok bakteria nya.

Nuh Anaaqi's birth story

Saturday, October 1, 2016
Hai uols!

Okay kali ni birth story Nuh Anaaqi pulak. Mengandungkan Nuh masa Kakak Sophie umur 5 months. Ye, mujur tak terburai je perut iols. Tak sampai setahun pun lagi. Tapi sebab checkup dekat private, doctor pun tak berapa membebel la. Dah benda dah jadi pun. What you can do kan. Rejeki Tuhan nak bagi. 

So sepanjang pregnancy kena jaga-jaga takut rupture. Previous scar pun tak sembuh lagi. Jangan jadi macam saya please. Macam biasa la time pregnant kalau tak heartburn tak sah. Dari start 4 months pregnant pun dah solat duduk. Memang tak larat sangat. 

Sampai 8 months pregnant checkup semua kat Shah Alam. Kali ni pilih Unisains juga tapi under Dr Akram. Sempat checkup sekali je rasanya. Eh, ke dua kali. Sebab nak elective czer kan. So, checkup and pilih date jelah. Masa tu pilih 25 December 2014. Sebab semua orang cuti and papa confirm cuti juga. Papa kan busy kalah menteri.

Seminggu sebelum czer baru kedek-kedek balik kampung. Takut juga tetiba sakit perut kan. Tak pasal-pasal jadi emergency czer pulok. Tapi dah namanya anak memang takkan muat nak keluar. Memang sampai ke sudah takda tanda-tanda nak bersalin. Masa Dr. Akram scan few days before czer tu, baby dah 3.6kg. Masa tu baru 38 weeks ye. Terus doctor suruh czer cepat. Kalau tunggu 40weeks atau pun 41 weeks macam kakak, mau 4 kg lebih ni. 

Warded 24 Dec 2014 lenggang kangkung jela. Pergi kaunter usains, then di suruh ke Wad Akek. Duduk bilik no berapa tah, tak ingat. Bilik nya kalau boleh bagi bintang, bagi 5/10 sajork. Aircond nya hidup segan mati tak mahu gitew, dan biliknya sempit ya amat. Kalau orang nak nunggu, muat sorang dua jela kot. Tapi takpala. Temporary je. Nanti pindah masuk Wad 2 TD.

Kaunter Unisains

Ambil barang-barang dalam kereta, lepastu suruh adik-adik balik dulu. Tinggalkan barang baby semua dalam kereta sebab takda parking. Jauh nak angkut. Lagipun sepatutnya Ummi and the rest akan datang the next day before masuk OT. Tinggai lah kami laki bini je kat wad malam tu. Malam tu punya la tak lena tidur. Teringatkan anak dekat rumah campur takut nak czer. Mujur tak naik darah. 

Sekali kan, malam tu tetiba banjir uols. Air sungai Kelantan melimpah. Lepas subuh semua orang nak datang hospital dah tak boleh. Huwaaa. Pukul 8.30 a.m. ni nak czer. Rasa stress teramat sangat. Barang baby semua dalam kereta. Baju sehelai pun takda. Adoyai.

Lepas siap je czer, berlari-lari Encik Suami pergi beli barang baby. Baby keluar takda diaper pastu kena balut dengan kain hijau hospital tu je. Haha. Kesian Nuh! By tenghari dah start sakit dah. Waduh waduh. Lagi sakit dari first czer! Tobat weh tobat. Rasa nak telan pain killer selori. Last-last mintak Pethidine. Favourite betol Pethidine ni. Lepas dapat tu, Ya Allah. Leganyaaaaa..Siap cakap kat Encik Suami, "Okay bye. Nak tidur".  

Petang tu Ummi call cakap dah takda electricity sebab banjir makin teruk. Rasanya 2014 tu banjir paling teruk in history sejak berpuluh tahun kot. Risau kat anak dekat rumah. Campur sakit czer lagi. Mujur tak meroyan je oiii. Malamnya lepas tengok macam okay takda complication, baru ditolak ke Wad 2 TD.











Siapa-siapa nak beranak kat Unisains Husm memang recommended. Wad dia besar sungguh. Nak bawak sekampung tidur dalam wad pun takpa. Nurse pun baik-baik je. Tapi masa banjir tu tak cukup staff. Kesian tengok nurse terkejar-kejar. Day 3, dah boleh discharge tapi tak boleh balik sebab laluan nak balik rumah tu still banjir. So, dah 3 hari tak jumpa Sophie. Dah lah bergelap 3 haritu takda electric. Takda air. Kesian sungguh. Kami pun kesian juga. Takda arah tuju. Last-last menumpang dekat madrasah sepupu Encik Suami yang nearby. Day 5 baru dapat jumpa every body. Masa tu rasa macam jejak kasih sungguh!

Taktau lah day berapa dapat balik rumah sebab tunggu ada electricity time tu. Lama jugak berkampung dekat madrasah tu. Day 7 tu Encik Suami nak gi JPN nak daftarkan nama tapi nama pun takda lagi. Hahaha. Mama kusut adik. Banyak benda nak fikir dan risau. Lepastu kena spinal headache okayyyyy. Tak kelakar langsung. Jadi ingat ya. Lepas czer jangan gedik nak bergerak banyak. Pesanan untuk diri sendiri jugak ni. Eh, nama tadi kan. Sempena peristiwa banjir besar, dapat lah nama Nuh sempena nama nabi Nuh gitew. Last minute punya nama tu.

Okay dah habis cerita Nuh. Adik Nuh bila pulak. Kahkahkahkah. Kau tak serik ke Amalina? Serik dah woi. Beranak czer ni sakit ya hampunnnn...

p/s: Total cost elective czer tahun 2014 rasanya dalam RM5.4k kot. Checkup dalam Rm180. Sekarang tak sure la.