Sophie's Birth Story (Part 2)

Tuesday, June 28, 2016
Hai uols!

Kembali bersiaran. Anak-anak tidoq. Boleh la mengadap PC lama-lama. Okay berbalik pada birth story. So due si Sophie ni 31 October 2013 sepatutnya. Sebulan sebelum due dah siap-siap balik kampung sebab takut terberanak kat Shah Alam. Masa tu dah resign. Jadinya nak balik awal pun takda hal la.

Plannya nak beranak dekat Unisains under HUSM. Kiranya Unisains ni private wing under HUSM. Masa tu pilih satu Prof ni untuk check up and untuk deliver nanti la. Sempat la 3 kali checkup masa tu. Sekali checkup RM160 (masa tahun 2013). Sekarang tak tau lah. Sampai 40 weeks, scan baby berat 2.8kg. Padan lah dengan mabuk ketum sepanjang 40weeks tu. Doctor bagi masa extra 10 days lagi sebab takda tanda-tanda nak beranak pun.

After 10 days, jeng jeng jeng. Masih tak beranak. Sedap sangat duduk dalam perut mama ni ha. Pergi hospital kedek kedek. Ingat nak mintak induce dah sebab dah tak larat sangat. Sekali doctor cakap nak tunggu lagi. Biar betol woiii. Dah hangin dah masa tu. Dia siap cakap "Awak nak kena czer ke? Induce ni biasa end up czer". Hamboih doctor. Mulut boleh tahan. Pulak tu masa tu bilik kosong takda. Lagi la hangin aku. Bayar check up mahal-mahal bilik takda. The clock is ticking ni. Dah past due date 10 hari dah.

Last-last call Kota Bharu Medical Centre (KBMC). Kebetulan kenal lah jugak dengan gynea kat situ. Pergi la KBMC pulak. Lebur pulak duit check up. Habis RM400++ untuk check up sahaja. Tambah hati sakit lagi. Jumpa Doctor, dia buat VE. Jalan tak terbukak pun lagi. Takda sign langsung. Masa tu dah petang. So decide nak induce esoknya jelah.

Balik rumah, tiba-tiba ada bloody show! Hoyeah. Ada tanda-tanda nak bersalin dah ni. Contraction tak berapa rasa pun. The next morning bila check, baru terbukak 3cm. Semalaman  tu baru 3cm? Homaiii. Doctor pun cakap takpala. Tak payah induce since dah 3cm. Lepas Zohor, tengok-tengok baru 4cm. Slow sangat progressnya! Doctor pun decide untuk induce through drip lah cepat sikit katanya.

Terus tolak masuk Labour Room. Mintak epidural tak dibaginya. Siap cakap macam cool je 3cm takda apa-apa. So, awak boleh tahan sakit ni. Doctor pun bagilah pethidine (cucuk bontot lah uols) je. Lepastu terus rasa lalok dan tidur. Apa orang cakap masa tu tak peduli dah. Lena sungguh tidur. Dalam 2 jam jugak tidur rasanya, Bangun-bangun doctor check dah 6cm tapi masa tu sakit macam haperrrrr dah. Memulas-mulas perut. Nak putus pinggang rasanya. Nak gerak lebih-lebih tak boleh sebab ada mesin CTG tu melekat kat perut. Seksa woi seksaaaa...


Masa baru 3cm. Siap boleh main handphone derrr. Tapi lepastu, rasa nak suruh semua orang diam termasuklah cicak! 


Masa 6cm tu dah maghrib rasanya. Tunggu Encik Suami tak sampai-sampai. Flight delay katanya. Masa tu dah mengucap dah. Rasa macam hujung nyawa dah. Nama pun induce weh. Dia paksa juga contraction tu. Bila dah 8cm, rasa nak teran lah pulak weh. Sambil sedut gas tu, sambil mengucap. Sambil tu jugak zikir Nabi Yunus. Pastu ada masa keletihan duk main contraction je, siap tertidur kejap. Lalok pun ada sebab asyik sedut gas tu. Ntah apa la cakap merapu-rapu dah.

Lepastu dah 10cm, masa nak untuk PUSH. Push kan main. Nurse semua jadi pompom girl. Dengan Encik Suami sekali. Dekat sejam weh push. TAK KELUAR OKAY! Ini tidak kelakar. Apalah yang susah sangat nak keluar. Doctor dah masuk dua-dua tangan dah ni. Sekali dia cakap, "Bentuk curve tulang ni macam lain ni. Tak boleh normal ni. Cuba push sekali lagi. Kalau tak boleh, kena czer". Masa tu push bersungguh-sungguh lah. Tapi memang tak keluar la. Dah memang tak muat. Huwaaaa. Sakit contraction dah seharian, kena czer pula. Dugaan sungguh!

Kena la tolak masuk OT. Bayangkan masa tu tengah sakit contraction lagi, rasa macam lambatnya masa berlalu. Sakitttt. Siap push berkali-kali sementara tunggu OT ready. Masa nak cucuk ubat tahan sakit pun, siap cakap "Kejap, kejap..nak terannnnn", Hahaha. Rasa kepala bengong dah sebab sedut gas banyak sangat.

11.23 p.m. lahirlah makcik kecik nama Sophie Iris Fatima. Jangan nak komplen kenapa nama dia panjang. Kau tak nampak dugaan aku nak beranak campur mengandung tu. Biar worth it la. Hohoho. Recovery was okay la. First day nurse mandikan sebab ada tiub air kencing tu lagi. Tak boleh bangun. Lagipun tak boleh gerak kepala banyak. Nanti sakit kepala @ spinal headache kesan bius tu. Second day, dah buang dah tiub air kencing. Merasa la kau pergi tandas seret kaki. Sakit woiiii. Rasa nak terburai perut. Indescribable sakit tu. Kalau boleh makan pain killer setong, confirm aku makan. Huiii. Sakittt.


Sophie Day 1


Day 4 dah boleh keluar spital tapi kuning lah pulak Sophie. Masuk spital gomen pulak. Adoi. Dah la sakit tempat czer, kena jaga sendiri pulak baby. Masa tu baby takmo breastfeed pulak. Spital gomen kan tak bagi bottle feed. Stress sungguh masa tu. Dengan baby asyik nangis je. Mujur tak depressed je. Mujur la sehari je warded. Lega!



Okay dah habis cerita Sophie Iris Fatima. Lepasni Nuh Anaaqi pulak. Yang tu lagi sadis. Harap-harap rajin nak mengarang panjang-panjang lepas ni.

Sophie's Birth Story (Part 1)

Friday, June 24, 2016
Hai uols!

Dah June kan. Hahahaha. Ni jenis setahun 3 kali blogging ni. Awal tahun, tengah tahun, lepastu akhir tahun. Nak find time nak blogging tu Ya Allah, rasa mencabar betul. Nak nak kalau anak-anak asyik bergantung la dekat kaki. Masak yang sepatutnya siap sejam pun jadi 3 jam.

Okay entry kedua untuk tahun ni nak cerita pasal Sophie punya kisah kelahiran ni. Saja lah buat kenangan hari tua nanti (read: peringatan supaya jangan beranak lagi!).

Masa mula-mula pregnant kan si Sophie ni ada lah complication sikit. Bleeding. Sebab masa tu letih agaknya. Musim exam. Kena jaga exam banyak jalan kan. Lepastu kena angkat exam scripts beratus-ratus. Tapi takda choice kan. Takkan asyik nak mintak tolong orang je. Nanti orang menyampah pula.

Masa 11 weeks gitu, pergilah scan. Bila doctor scan, nampak kantung macam bentuk abnormal. Size baby pun macam takda development. Masih size 9 weeks. Doctor cakap maybe missed miscarriage. Heartbroken sangat time tu. :(

Lepastu pergi another clinic check dengan doctor lain. Doctor cakap benda yang sama. No heartbeat. The baby stopped growing. Rasa gelap dunia time tu. Doctor pun suggest buat D&C. Tapi tetap lah taknak terima kenyataan kan. Saja tak pergi hospital lagi. Nak biar rasa perasaan pregnant tu lagi. Dua minggu jugaklah tunggu then decided untuk seek for another opinion. Pergi la Salam Medical Centre. Appointment dengan Dr Siti Mariam.

Scan kalini guna rod pulak. Bukan scan golek golek atas perut tu tau. Ni yang masukkan rod ikut bawah tu. Sorry TMI! Sekaliiii.. bila doctor scan, nampak heartbeat. Sangat kuat degupannya! Ya Allah, masa tu rasa nak melompat. Syukur sangat-sangat. Ada rezeki kami lagi.

Lepastu mula la episod placenta previa la pulak. Placenta duduk bawah. Sebab banyak berdiri dan buat kerja berat la kan. Mana ada orang bagi lecture sambil duduk oi. Mujur la masa 7 bulan placenta naik sendiri. Selalu pujuk baby cakap tolong la tolak 'kawan' dia tu naik atas.

Mabuk toksah kira la. Sampai 7 bulan berat tak naik sangat, siap turun lagi. Last last naik la 1kg. Heartburn paling azab sekali. Solat memang tak boleh sujud. Solat duduk je. Kalau sujud je, siap la. Malam tu confirm tak boleh tidur. Pedihhh.. Berbotol-botol Gaviscon tu habis. Tidur memang tak boleh baring. Kena tidur dalam keadaan duduk. Banyak betul dugaan mengandungkan si Sophie ni.



Nah. Belanja gambar dalam perut satu! Muncung boleh sangkut hanger baju!

To be continued. Jangan tanya bila. Harharhar.