Eczema dan Probiotics/Prebiotics

Friday, October 14, 2016
Hai uols!

Kembali bersiaran. Harini nak share macamana si budak Nuh tu dah eczema free sekarang. Lepas guna steroid krim yang tak guna ittew, dah mati kutu sebenarnya nak buat apa. Tiap-tiap hari lah nangis sebab tak sanggup tengok anak menggaru sampai berdarah. Habis cadar berlumuran darah hari-hari. Pergi mana-mana mesti orang tanya, "Kenapa anak tu? Tak bawak pergi klinik ke?" Kecik hati iols tau! Dah nama anak. Mestilah la dah usaha kan. 

Then ditakdirkan satu hari, join group eczema dekat FB. Rupanya steroid tu memang musuh dalam selimut. So baca punya baca, salah satu benda yang disuggest ialah Probiotics dan Prebiotics. Konsepnya, eczema ni ada kaitan dengan gut (usus). Bila gut tak sihat, jadilah eczema. So, terus lah zassss cari Probiotics. Pergi Caring Pharmacy.

Lacto 5 

Harga dalam RM40 kalau ada offer untuk 30 bijik. Sebab masa tu Nuh baru 8m, jadinya mama la makan hari-hari so dengan harapan bakteria baik ni akan go through breastmilk kan. Lepas seminggu consume Probiotics, Nuh membuang lancar dan eczema nya ada improvement (tapi sikit jelah). Takpa. Pelan-pelan kayuh orang kata. Sekurang-kurangnya makin baik. Bukan makin teruk kan. 

Baca lagi, kata kena consume Prebiotics pulak. Yelah. Ni bakteria baik. Mesti la dia nak makanan juga kan. Prebiotics ni kiranya makanan untuk bakteria baik la. Tengok dalam group orang suggest Gum Arabic ataupun ada yang panggil Al-Manna. Yang ni beli kat Mahnaz. Online pun ada. Ada yang better grade tu mahal sikit la dalam RM150. Mestilah khasiat dia lagi bagus kan. Price pon lain katanya. At the same time, sumber prebiotics lain adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Garlic pun ya jugak rasanya. 

Jadinya kalau anak or sesiapa ada eczema, boleh try probiotics, tapi jangan letak dalam air panas tau! Nanti mati pulok bakteria nya.

0 Dancing Fingers: