Sophie's Birth Story (Part 1)

Friday, June 24, 2016
Hai uols!

Dah June kan. Hahahaha. Ni jenis setahun 3 kali blogging ni. Awal tahun, tengah tahun, lepastu akhir tahun. Nak find time nak blogging tu Ya Allah, rasa mencabar betul. Nak nak kalau anak-anak asyik bergantung la dekat kaki. Masak yang sepatutnya siap sejam pun jadi 3 jam.

Okay entry kedua untuk tahun ni nak cerita pasal Sophie punya kisah kelahiran ni. Saja lah buat kenangan hari tua nanti (read: peringatan supaya jangan beranak lagi!).

Masa mula-mula pregnant kan si Sophie ni ada lah complication sikit. Bleeding. Sebab masa tu letih agaknya. Musim exam. Kena jaga exam banyak jalan kan. Lepastu kena angkat exam scripts beratus-ratus. Tapi takda choice kan. Takkan asyik nak mintak tolong orang je. Nanti orang menyampah pula.

Masa 11 weeks gitu, pergilah scan. Bila doctor scan, nampak kantung macam bentuk abnormal. Size baby pun macam takda development. Masih size 9 weeks. Doctor cakap maybe missed miscarriage. Heartbroken sangat time tu. :(

Lepastu pergi another clinic check dengan doctor lain. Doctor cakap benda yang sama. No heartbeat. The baby stopped growing. Rasa gelap dunia time tu. Doctor pun suggest buat D&C. Tapi tetap lah taknak terima kenyataan kan. Saja tak pergi hospital lagi. Nak biar rasa perasaan pregnant tu lagi. Dua minggu jugaklah tunggu then decided untuk seek for another opinion. Pergi la Salam Medical Centre. Appointment dengan Dr Siti Mariam.

Scan kalini guna rod pulak. Bukan scan golek golek atas perut tu tau. Ni yang masukkan rod ikut bawah tu. Sorry TMI! Sekaliiii.. bila doctor scan, nampak heartbeat. Sangat kuat degupannya! Ya Allah, masa tu rasa nak melompat. Syukur sangat-sangat. Ada rezeki kami lagi.

Lepastu mula la episod placenta previa la pulak. Placenta duduk bawah. Sebab banyak berdiri dan buat kerja berat la kan. Mana ada orang bagi lecture sambil duduk oi. Mujur la masa 7 bulan placenta naik sendiri. Selalu pujuk baby cakap tolong la tolak 'kawan' dia tu naik atas.

Mabuk toksah kira la. Sampai 7 bulan berat tak naik sangat, siap turun lagi. Last last naik la 1kg. Heartburn paling azab sekali. Solat memang tak boleh sujud. Solat duduk je. Kalau sujud je, siap la. Malam tu confirm tak boleh tidur. Pedihhh.. Berbotol-botol Gaviscon tu habis. Tidur memang tak boleh baring. Kena tidur dalam keadaan duduk. Banyak betul dugaan mengandungkan si Sophie ni.



Nah. Belanja gambar dalam perut satu! Muncung boleh sangkut hanger baju!

To be continued. Jangan tanya bila. Harharhar.

0 Dancing Fingers: